Home / Budaya

Senin, 28 Juli 2025 - 10:00 WIB

Bidik24.com – KUALA LUMPUR, 28 Julai 2025 — Suasana megah menyelimuti Singgahsana Kecil, Istana Negara pagi ini ketika Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Upacara penuh istiadat itu menjadi saksi penting dalam sejarah kehakiman negara, ketika Wan Ahmad Farid, 62 tahun, secara rasmi melafazkan sumpah taat setia dan menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara ke-17, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lalu.

Turut hadir menyaksikan momen bersejarah itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Istiadat itu turut menyaksikan pelantikan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman negara, termasuk Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai lalu, serta Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Baca Juga  Sabang Jadi Magnet Wisatawan, Libur Panjang Januari 2025 Laris Manis!

Tidak hanya itu, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada lapan Hakim Mahkamah Rayuan serta 14 Hakim Mahkamah Tinggi, menandakan langkah serius kerajaan dalam memperkukuh struktur kehakiman negara.

Pelantikan Wan Ahmad Farid dilakukan berlandaskan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, setelah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan hasil rundingan dengan Majlis Raja-Raja.

Anak jati Kuala Terengganu itu bukan nama asing dalam bidang undang-undang dan pentadbiran negara. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of West London serta Certificate in Legal Practice dari Universiti Malaya, beliau memulai karier guaman di firma Tetuan Adnan & Wee dari 1987 hingga 2003.

Baca Juga  Pj Gubernur Safrizal: Investasi Sebagai Motor Penggerak Ekonomi Aceh yang Terhambat!

Pengalaman luasnya mencakup dunia politik, ketika dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003–2008), sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri (2008–2009).

Beliau kembali ke dunia guaman pada 2011 dan seterusnya melangkah ke dunia kehakiman, mulai dari pesuruhjaya kehakiman di beberapa Mahkamah Tinggi hingga akhirnya menduduki posisi Hakim Mahkamah Rayuan sebelum kini diberi kepercayaan tertinggi sebagai Ketua Hakim Negara.

Dengan pelantikan ini, publik berharap pada kepemimpinan yang adil, berintegriti, dan berpandangan jauh dalam mengemudi institusi kehakiman negara ke arah yang lebih progresif dan diyakini rakyat. Satu babak baharu pun dimulai di peradilan tertinggi negara.

Sub. bharian.com

Share :

Baca Juga

Budaya

Dayah Babut Taqwa Al-Muhajirin Meriahkan HUT ke-80 RI dengan Semangat Kebersamaan Santri

Budaya

RAPI Lokal Mesjid Raya-Baitussalam Gelar Silaturahmi Penuh Kehangatan di Pos Langit, Gampong Neuheun

Budaya

Nisan Aceh Tersembunyi 500 Tahun: Maros dan Rahasia Jaringan Islam Global

Budaya

M. Abit dan Keluarga dari Lhokseumawe Liburan Lebaran ke Banda Aceh, Kunjungi Destinasi Wisata Populer

Budaya

Hasballah Dikukuhkan sebagai Ketua Satgassus Swasembada Pangan Aceh Besar

Bisnis

Prabowo Akan Kumpulkan Kepala Daerah Hasil Pilkada 2024 untuk Retret Nasional

Budaya

Masyarakat Lampuuk Tolak Pembangunan PLTB untuk Selamatkan Hutan Adat

Agama

Tingginya Kasus Perceraian di Aceh Tengah Akibat Judi Online dan Konflik Rumah Tangga